← Back to job listings
EN
Industrial Truck Driver (Dengkil, Selangor)
Enpf · Selangor, Malaysia
About The Role
Perincian Tugas
- Memandu dan mengendalikan lori berat 18 tan dan 24 tan, lori kren serta low loader bagi keperluan operasi dan projek.
- Mengangkut bahan binaan, peralatan, jentera, mesin dan barangan berkaitan projek dari stor, bengkel, pejabat atau lokasi lain ke tapak projek.
- Mengendalikan lori kren bagi aktiviti mengangkat, memuat dan memunggah bahan atau peralatan mengikut kapasiti dan prosedur keselamatan yang ditetapkan.
- Mengendalikan low loader untuk mengangkut jentera berat seperti excavator, roller, backhoe dan peralatan pembinaan lain ke dan dari tapak projek.
- Memastikan semua muatan disusun, diikat dan dipastikan selamat sebelum kenderaan bergerak.
- Menjalankan pemeriksaan harian sebelum dan selepas penggunaan kenderaan, termasuk keadaan tayar, brek, lampu, minyak enjin, sistem hidraulik, kren dan komponen keselamatan.
- Memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selamat untuk digunakan serta melaporkan sebarang kerosakan atau keperluan penyelenggaraan kepada penyelia.
- Mematuhi semua undang-undang jalan raya, peraturan JPJ, keperluan keselamatan dan prosedur HSE syarikat serta peraturan keselamatan di tapak projek.
- Memastikan penggunaan kenderaan mematuhi had muatan, had kelajuan dan keperluan keselamatan bagi pengangkutan kenderaan serta peralatan berat.
- Melengkapkan log perjalanan, rekod penggunaan kenderaan, penghantaran, pemeriksaan harian dan dokumen berkaitan.
- Membantu kerja-kerja pemuatan dan pemunggahan bahan, peralatan dan jentera apabila diperlukan.
- Memastikan penghantaran bahan, peralatan dan jentera dilaksanakan mengikut jadual dan arahan penyelia/projek.
- Melaporkan dengan segera sebarang kemalangan, kerosakan, kehilangan, near miss atau keadaan tidak selamat kepada penyelia.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan operasi pengangkutan dan keperluan projek seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Keperluan Kompetensi
- Minimum SPM atau kelayakan yang setaraf dan lulus.
- Mempunyai Lesen E Full yang sah serta GDL Kelas E.
- Mempunyai pengalaman mengendalikan lori berat 18 tan dan 24 tan.
- Mempunyai rekod pemanduan yang baik dan tiada rekod jenayah.
- Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugas yang melibatkan perjalanan, pengendalian kenderaan serta aktiviti pemuatan dan pemunggahan.
Similar roles you might like
See all →This is an external listing. JobSpring does not represent or verify the employer. Report this listing
