Skip to content
← Back to job listings

Part Time Kelindan Van - Johor

PRISM · Johor Bahru, Johor, Malaysia

Imported listingpart-time10 days ago

About The Role

Deskripsi Kerja

PRISM+ sedang mencari Part Time Kelindan yang boleh dipercayai yang mementingkan kepuasan pelanggan dan mengangkut barangan dengan selamat & tepat pada masanya. Kelindan akan membantu Pemandu untuk mengambil dan menghantar barang sambil mematuhi laluan dan jadual waktu yang ditetapkan. Untuk berjaya sebagai kelindan penghantar barang, anda harus bersikap sopan dengan komitmen untuk menyediakan pelanggan kami pengalaman yang terbaik. Anda harus teliti dalam memastikan pesanan dipenuhi dengan betul, komited terhadap keselamatan kerja, dan bersemangat untuk memuaskan hati pelanggan.

Tanggungjawab Pekerjaan

  • Memuatkan, mengangkut dan menghantar barang kepada pelanggan atau syarikat dengan cara yang selamat dan tepat pada masanya.
  • Menyemak pesanan sebelum dan selepas penghantaran untuk memastikan pesanan lengkap, dan pelanggan berpuas hati.
  • Membantu menaikkan barang dan mengatur barang dalam kenderaan.
  • Berkeupayaan untuk berjalan, mengangkat dan membawa barang berat (maksimum 30kg) untuk tempoh yang berpanjangan.
  • Berkediaman di sekitar Johor Bahru.
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

This is an external listing. JobSpring does not represent or verify the employer. Report this listing